Monday 23 February 2009

Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional?


Adakah kerajaan Barisan Nasional terdesak sehingga membuat "kerja" di sebalik apa yang diperolehi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang? Benarkan BN tidak memancing ADUN atau Ahli Parlimen ke kapal BN daripada kapal PR? Banyak lagi soalan sedang bermain di fikiran rakyat Malaysia.
Tidak lama lagi, Pakatan Rakyat akan meraikan ulang tahun pertama pemerintahan di negeri dibawah pentadbiran PR. Tetapi telah banyak kontroversi telah berlaku. PR Perak telah tumbang, MB Selangor mungkin didakwa di mahkamah, Ahli-Ahli DUN Kedah diugut, Ketua Menteri P. Pinang mungkin akan dibunuh. Sehingga hari ini, kebanyakan rakyat di negeri-negeri PR berasa amat selesa dengan pentadbiran PR kerana apa yang PR lakukan, BN tidak dapat dilakukan.
Mengapakah PR makin dikecam? Kenapa BN tidak melepaskan PR? Mungkin seperti mana orang-orang yang berada dalam kerajaan Amerika berkata "we are the government, we know and we can do anything" (kami adalah pihak kerajaan, kami boleh tahu dan buat apa sahaja). Memandangkan BN masih berkuasa di kerajaan pusat, kenapa BN tidak mahu memperbaharui imejnya yang telah calar semasa Pilihanraya ke-12?
Sehingga hari ini, konsep rakyat satu bangsa - Bangsa Malaysia tidak dapat dilaksanakan dan sebab utama adalah kepentingan kaum-kaum minoriti tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Sekiranya konsep Bangsa Malaysia dilaksanakan maka, jawatan Perdana Menteri hendaklah dibuka kepada kaum Cina, kaum India dan kaum-kaum lain.
Memandangkan BN dan PR masih mempunyai kerja masing-masing, mengapa tidak membuat kerja masing-masing daripada membuat kerja kebudak-budakan. Rakyat akan tahu siapa boleh membuat kerja mereka dan tidak perlu campur tangan daripada mana-mana pihak untuk mempertikai kerja BN mahupun PR. Biarlah rakyat menentukan hala tuju negara Malaysia.

0 comments: