Saturday 7 February 2009

Pakatan Rakyat Perak tumbang

Kerajaan PR Perak yang diterajui oleh YB Mohd. Nazir tumbang setelah 3 daripada 31 ADUN telah meletakkan jawatan sebagai ahli parti PKR dan DAP seterusnya menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong Barisan Nasional. Mereka adalah Jamaluddin Mohd Razdi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang). Manakala Nasaruddin Hashim (BN-Bota yang melompat ke PKR 12 hari lalu) juga kembali ke UMNO atas sebab-sebabnya yang tidak menggunakan otak.
Oleh kerana Sultan Perak tidak berkenan untuk membubarkan DUN Perak, BN bersama Pak Lah dan Datuk Seri Najib mengambil langkah secepat mungkin untuk menguasai Perak. Sistem demokrasi negara ini telah dicemari dan rakyat jelata telah hampa ke atas apa yang terjadi. BN tidak mahu membazir walaupun seminit untuk "memenangi" negeri Perak dengan cara yang demikian.
Pilihan raya negeri sepatutnya dilakukan sekiranya BN mahu memenangi negeri tersebut secara adil dan saksama supaya rakyat dapat menentukan siapa yang layak untuk menerajui negeri itu. Walaupun Sultan bertitah untuk YB Nazir untuk meletakkan jawatan, adakah rakyat akan berpuas hati terhadap keputusan itu? Sultan sepatutnya payung kepada rakyat, Sultan mesti memahami rakyat terlebih dahulu daripada memikirkan lain-lain hal.
Saya cuma membuat komen saya sebagai rakyat Malaysia. Saya bukan ahli politik ataupun penyokong mana-mana parti. Suya juga bukan ingin menghina Sultan tetapi saya menggunakan kuasa saya sebagai rakyat untuk bersuara untuk kepentingan orang ramai.

0 comments: